Saturday, October 11, 2008

Salam Lebaran 1429H


Hari ini adalah hari ke-10 umat Islam berhari raya. Suasana hari raya masih hangat apatah lagi apabila berada di Johor. Aku suka cara orang Johor berhari raya. Mereka kunjung mengunjung sambil ber'marhaban'. Kira double pahala sebab dapat pahala ziarah dan pahala berselawat. Kalau di Pahang jarang mereka mengadakan marhaban. Biasanya tetamu datang rumah, salam dengan tuan rumah dan ucap Selamat Hari Raya then makan. Petang tadi rumah first aku beraya dan marhaban adalah umah Penyelia Petang ( Tn. Hj Mokhtar ). Most of teachers joined the marhaban. Tuan rumah sajikan sate dan soto. Malangnya aku tidak dapat menikmati hidangan dengan tenang sebab perut meragam. Walau bagaimanapun sempat juga aku menjamah setiap hidangan yang telah disajikan. Esok pula aku plan hendak beraya umah jiran sebelah rumah, rumah cikgu jamaliah, cg anom, cg salabiah, cg painah, cg yati, pn. amerah dan cg farina. Pergh..banyak tu...larat ke? Kita hanya merancang.


Tapi aku rasa, raya tahun ini kurang seronok sebab aku kurang sehat. Apa lagi, masalah perut meragam la. Sejak raya pertama. Biasanya raya pertama, orang risau berat naik. Tapi aku lain pulak. Raya pertama berat aku turun 2 kilo. Raya kedua pula perutku lagi 'caca marba'. Haru betul. Tak dapat aku menikmati juadah ketupat, lemang dan rendang orang Raub dan K. Lipis dengan aman. Hanya cuit-cuit untuk amik hati tuan rumah.


Raya keempat aku pergi beraya rumah Lina ( geng sekolah rendah ) atas jemputan beliau. Masa itu pun perut ku masih meragam. Tapi terpaksalah aku makan juga laksa penang yang dimasak sendiri oleh Lina. Dan pasta yang dimasak oleh suzy. Tiada rasa kenikmatan makan masa itu. Makan hanya amik hati Lina dan Suzy. Sorry ye kawan-kawan. Punya lah mahu menjaga hati orang, makan tanpa perasaan pun sanggup. Tapi aku rasa, Lina dan Suzy perasan kelainan aku kot.