Monday, September 22, 2008

Hajat


2008 adalah tahun ke-4 aku berkhidmat di SK Kampong Melayu. Oleh itu aku telah mencuba nasib untuk memohon bertukar ke kampung halaman. Dengan pantasnya aku telah menghantar permohonan online pada 3 September 2008. Keesokan harinya ( 4 September 2008 ) aku telah menyerahkan satu salinan kepada guru besar. Aku meminta GB supaya memberikan komen yang baik punya iaitu SAYA MENYOKONG PENUH PERTUKARAN GURU INI. Bukan lagi SAYA SOKONG PERMOHONAN INI DENGAN SYARAT ADA PENGGANTI seperti permohonanku sebelum ini. Selepas itu GB pun respon pada aku " Ya boleh. Kita pun sudah berlebih guru sains tambahan pula Cikgu Y sudah datang ke sini." Terdetik waktu itu 2 perasaan yang berbeza. Gembira kerana peluang untuk aku tukar cerah. Sedih kerana aku seperti tidak diperlukan lagi setelah kehadiran Cikgu Y. Senang-senang beliau nak sokong aku keluar, entah ke mana aku akan ditempatkan seperti bukan urusan beliau. Janji, sekolahnya sudah mencukupi guru. Walau bagaimanapun, aku malas nak kisah sangat apa yang telah beliau khabarkan padaku tadi walaupun bait-bait ayat itu tersemat di hati dan mindaku. Asalkan aku dapat tukar dan ditempatkan di kampung halaman dan bukannya di tempat jauh.

Hari ini, 22 September 2008. Aku sebagai ketua kelompok tahun 2 ( bersama ketua kelompok tahun 1 dan tahun 3 ) dipanggil oleh GB untuk membincangkan Program Gerak Gempur untuk peperiksaan akhir tahun. Aku selitkan sedikit pasal permohonan tukar aku. Tiba-tiba, beliau berkata " Tak boleh tukar lagi. Kita tidak cukup guru Sains." Pulak dah....hari tu beliau kata bahawa dah terlebih guru. Aku pon apa lagi. Mengulang suara apa yang telah beliau katakan pada aku tempoh hari. Beliau tidak percaya. " Ye ke saya cakap macam tu. Saya dah tengok TP ke masa tu?" . Huh....sahih. Tempoh hari beliau cakap ikut sedap mulut aje tanpa merujuk fakta lain. Or may be beliau tengah serabut kepala. Maklum lah, belajar sambil bekerja. Kepala otak kena bijak separate hal kerja, masalah kerja, hal belajar dan masalah belajar. Sebab itu aku tidak sanggup kerja sambil belajar sebab aku tahu aku bukan sekuat orang lain. Tapi ade sikit gembira bila beliau kata yang mungkin aku tidak dapat tukar kerana aku ada misi lain. Sudah 2 tahun misi aku tertangguh. Kalau boleh aku akan jadikan misi itu realiti by next year. SEMOGA MISI CIKGU HANIM TERCAPAI TAHUN 2009. AMIN. SEMOGA MISI CIKGU HANIM TERCAPAI TAHUN 2009. AMIN. SEMOGA MISI CIKGU HANIM TERCAPAI TAHUN 2009. AMIN. Terima kasih kerana mendoakan saya. Bukan misi apa pun, cuma aku ingin mendapatkan ijazah keduaku di selatan tanah air pula.

Wednesday, September 10, 2008

UPSR 2008


Hari ini adalah hari ke-2 UPSR dijalankan. Tahun ini aku jadi Timb. Ketua Pengawas di STM 1. Oleh itu, aku kena keluar rumah awal pagi untuk tolong ketua ke bilik kebal. Mujur bulan puasa, kiranya tidak lah aku kesiangan. Lepas sahur, terus bersiap.

Selama ini aku hanya dengar cerita akan kehebatan pelajar-pelajar di STM 1. Ada yang mengatakan pelajar-pelajarnya adalah selected pupils. Every year paling ramai dapat 5A. Tetapi bila sudah di depan mata aku, tidak sehebat mana calon-calon mereka tahun ini. Namun begitu, aku tidak boleh tengok orang sebelah mata. Nasib orang kita tidak tahu.

Yang paling aku teruja ialah pengawas-pengawas UPSR tahun ini. Kami ada 9 orang pengawas termasuk KP. 5 orang daripadanya cikgu-cikgu baru yang lama termasuklah aku. Dah la kami ni sebaya. Oleh itu kepala pun macam sama sahaja. Maka, terjadi satu rombongan pengawas upsr ke pasar Rabu di Air Hitam( selepas exam hari ini selesai ) untuk membeli belah baju raya. Kelakar pun ada sebab kami baru sahaja kenal tetapi pantang diajak shoping, layan aje.

Setiap pagi Rabu memang sudah jadi agenda rutin aku pergi pasar Rabu ini walaupun tiada plan hendak membeli barang. Suka tengok gelagat orang membeli belah, tengok kain baju yang cantik-cantik. Bahkan kadang-kadang, aku jadi driver cikgu-cikgu sekolah aku. Mereka tumpang aku untuk ke sana untuk shoping tetapi aku hanya window shoping.