Thursday, February 24, 2011

Sebak, Malu, Sedih

Teruk sangatkah aku bekerja sejak pindah ke Kuantan? Adakah aku tidak pandai mengajar? Adakah sebab aku tidak cantik, tidak bergaya mempengaruhi markah prestasi aku? Sepatut nya semakin lama bekerja kita ada kemajuan. Markah semakin naik tetapi aku sebaliknya. Apa persepsi orang jika markah turun mendadak? Orang mesti terfikir:

1. Hanim ini ada masalah dengan pentadbir kah?
2. Hanim ada masalah peribadikah?
3. Hanim ada masalah tatatertib kah?
4. Hanim tiada motivasi kah?
5. Hanim bukan seorang guru yang baik kah? Tiada ciri keguruan.

Situasi ini pernah aku alami tahun 2010 di mana aku telah ditanya oleh penemuduga. Kenapa markah kamu sedikit? Kenapa markah kamu menurun (sedangkan hanya 0.58 point sahaja bezanya).

Tahun ini 2011 aku amat terkesan dengan markah aku yang menurun sebanyak 6.83. Tidak mustahil penemuduga banyak bertanyakan perkara ini nanti.

Adakah ......:
1. mematahkan semangat aku untuk meminati perguruan sedangkan kini minatku
sedang bercambah;

2. membuat endah tidak endah sahaja perkara tersebut.

3. ambil sebagai pembakar semangat @ motivasi diri untuk memajukan diri dan meningkatkan
prestasi.

Aku dalam kekeliruan untuk mencari sebab perkara ini terjadi. Buat masa ini hanya air mata yang mampu menemani aku, otak masih belum boleh berfikir waras. Ya Allah ya Tuhanku, berilah aku kekuatan untuk mengawal perasaan aku supaya tidak memudaratkan diriku dan tidak membimbangkan kedua ibubapaku, kekuatan iman ku, kewarasan akal fikiranku supaya aku tidak bersangka buruk pada orang lain...Amin