Saturday, June 13, 2009

Umrah 28 Mei 2009 - 9 Jun 2009

Alhamdulillah pada usia 29 tahun saya dapat mengerjakan umrah bersama keluarga ( 7 orang). Kami berangkat dari airport Kuantan - KL - Bahrain - Jeddah - Madinah pada 28 Mei 2009 dengan Agensi CS Holidays diketuai oleh Hj. Karim. Alhamdulillah selama 12 hari kami di sana ( 2 hari di Madinah + 8 hari di Mekah ) kami sihat walafiat..cuma batuk selsema tu biasa lah perubahan cuaca. Cuaca di Mekah dan Madinah Masya Allah panas sungguh sehingga mencecah 50+ darjah Celcius. Cuaca yg terlalu panas itu ada hikmahnya iaitu dalam cuaca panas itulah proses buah kurma masak. Banyak tempat telah kami ziarah seperti Masjid Quba', Masjid Qiblataini, Ladang Unta, Masjid Terabung, Gua Thur, Jabal Uhud, Jabal Rahmah dan Batu berlubang ( Tempat pertemuan Adam dan Hawa), Raudah, Perkuburan Baqi', Makam Nabi, Percetakan AlQuran, Muzium Mekah dan macam-macam lagi.


Di Madinah kami menginap di Hotel Safir berdekatan dengan Gate 25 Masjid Nabawi. Dari Madinah bertolak ke Mekah kami ambil miqat di Bir Ali untuk umrah. 1st umrah kami lakukan pada jam 11 mlm. Alhamdulillah kami dapat mengerjakan 3 kali umrah bermiqat di Tanaiem dan Hudaibiyah. Kami tidak mampu melakukan 7 umrah yang bersamaan dengan 1 haji kerana dalam rombongan keluarga saya terdapat 2 orang warga emas yang kurang berupaya. Di Mekah kami menginap di Hotel Najd. Alhamdulillah ketika di Madinah saya berpeluang solat Jumaat tetapi di Mekah saya tidak berkesempatan solat Jumaat kerana terlalu penat dan mengantuk. Solat jenazah pun saya tidak lepaskan. Tawaf sunat saya hanya dapat lakukan sekali.Itupun mlm akhir kami di Mekah jam 2 pagi saya dan abah gagahi. Alhamdulillah dapat juga aku lakukan tawaf sunat di mana merupakan ibadat yang lebih baik daripada ibadat sunat yang lain ketika berada di Tanah Suci Mekah. Aku juga berkesempatan berpuasa sunat dan ganti sehari di Mekah. Tapi ruginya pabila hari aku berpuasa tersebut, aku tidak dapat pergi solat Zohor dan Maghrib di Masjidil Haram. Tidak p Zohor kerana terlalu panas, tak tahan godaan air zam2. Maghrib lak kerana buka puasa. Semasa di Mekah dan Madinah aku tak putus2 berdoa untuk anak2 murid aku yang special dan of course untuk aku dan keluarga. Aku harap doa aku di makbulkan olehNya supaya anak2 didikku bijak dan waras seperti rakan2 yang lain.

Kami bertolak pulang dari Mekah - Jeddah - Bahrain - KL - KUantan pada 8 Jun 2009 dan tiba di Kuantan pada 9 Jun 2009 jam 5.00 ptg. Alhamdulillah..semua sihat dan selamat.

Kalau kalian nak lihat photos lain selain di atas, sila klik laman ini ek. http://profiles.friendster.com/11877647