Saturday, June 13, 2009

Umrah 28 Mei 2009 - 9 Jun 2009

Alhamdulillah pada usia 29 tahun saya dapat mengerjakan umrah bersama keluarga ( 7 orang). Kami berangkat dari airport Kuantan - KL - Bahrain - Jeddah - Madinah pada 28 Mei 2009 dengan Agensi CS Holidays diketuai oleh Hj. Karim. Alhamdulillah selama 12 hari kami di sana ( 2 hari di Madinah + 8 hari di Mekah ) kami sihat walafiat..cuma batuk selsema tu biasa lah perubahan cuaca. Cuaca di Mekah dan Madinah Masya Allah panas sungguh sehingga mencecah 50+ darjah Celcius. Cuaca yg terlalu panas itu ada hikmahnya iaitu dalam cuaca panas itulah proses buah kurma masak. Banyak tempat telah kami ziarah seperti Masjid Quba', Masjid Qiblataini, Ladang Unta, Masjid Terabung, Gua Thur, Jabal Uhud, Jabal Rahmah dan Batu berlubang ( Tempat pertemuan Adam dan Hawa), Raudah, Perkuburan Baqi', Makam Nabi, Percetakan AlQuran, Muzium Mekah dan macam-macam lagi.


Di Madinah kami menginap di Hotel Safir berdekatan dengan Gate 25 Masjid Nabawi. Dari Madinah bertolak ke Mekah kami ambil miqat di Bir Ali untuk umrah. 1st umrah kami lakukan pada jam 11 mlm. Alhamdulillah kami dapat mengerjakan 3 kali umrah bermiqat di Tanaiem dan Hudaibiyah. Kami tidak mampu melakukan 7 umrah yang bersamaan dengan 1 haji kerana dalam rombongan keluarga saya terdapat 2 orang warga emas yang kurang berupaya. Di Mekah kami menginap di Hotel Najd. Alhamdulillah ketika di Madinah saya berpeluang solat Jumaat tetapi di Mekah saya tidak berkesempatan solat Jumaat kerana terlalu penat dan mengantuk. Solat jenazah pun saya tidak lepaskan. Tawaf sunat saya hanya dapat lakukan sekali.Itupun mlm akhir kami di Mekah jam 2 pagi saya dan abah gagahi. Alhamdulillah dapat juga aku lakukan tawaf sunat di mana merupakan ibadat yang lebih baik daripada ibadat sunat yang lain ketika berada di Tanah Suci Mekah. Aku juga berkesempatan berpuasa sunat dan ganti sehari di Mekah. Tapi ruginya pabila hari aku berpuasa tersebut, aku tidak dapat pergi solat Zohor dan Maghrib di Masjidil Haram. Tidak p Zohor kerana terlalu panas, tak tahan godaan air zam2. Maghrib lak kerana buka puasa. Semasa di Mekah dan Madinah aku tak putus2 berdoa untuk anak2 murid aku yang special dan of course untuk aku dan keluarga. Aku harap doa aku di makbulkan olehNya supaya anak2 didikku bijak dan waras seperti rakan2 yang lain.

Kami bertolak pulang dari Mekah - Jeddah - Bahrain - KL - KUantan pada 8 Jun 2009 dan tiba di Kuantan pada 9 Jun 2009 jam 5.00 ptg. Alhamdulillah..semua sihat dan selamat.

Kalau kalian nak lihat photos lain selain di atas, sila klik laman ini ek. http://profiles.friendster.com/11877647

Thursday, April 2, 2009

Karnival Sains Daerah Kuantan



Seperti biasa, aku meneruskan tradisi aku dengan melibatkan murid untuk Pertandingan Bercerita Sains. Bezanya sebelum ini aku menyertai untuk zon Kluang, Johor tapi tahun 2009 ini aku menyertai daerah Kuantan. Aku mula melibatkan diri dalam aktiviti ini sejak tahun 2006. Nasib menyebelahi aku dan murid untuk meraih tempat ke-3 pada tahun 2007 dan 2008.


Tahun 2009 adalah tahun pertama aku melibatkan murid untuk pertandingan yang sama. Yang lebih mengujakan aku adalah ini merupakan penyertaan yang pertama bagi Sekolah Kebangsaan Batu 3, Kuantan. Sebelum ini SEBATI tidak pernah diundang malah menyertai Karnival Sains. Alhamdulillah, ada juga rezeki kami. Kami hanya mampu menduduki tempat ke-5 daripada 19 buah sekolah yang menyertai pertandingan itu. Walau bagaimanapun, pihak penganjur menyediakan hadiah pertama hingga ke-5. Dapat juga anak didik aku (Liayana) hadiah atas usahanya. Tajuk cerita yang Liyana bawa ialah 'Round Bird Can't Fly'. Cerita ini aku copy paste daripada internet. Kemudian aku tokok tambah sikit pasal sains tahun 3 tentang ' external features'. Daripada apa yang aku amati semasa pertandingan tempoh hari, juri-juri lebih tertarik jika pencerita meletakkan dirinya dalam cerita tersebut. Contoh...I am a snake. A snake has no legs........blablabla...Cerita yang aku buat itu aku menceritakan pasal burung. Aku tidak masukkan diri si pencerita dalam cerita..mungkin sebab itu kami hanya layak tempat ke 5.


Hopefully next year aku masih berpeluang memajukan tradisi aku ini sehingga pecah tradisi.

Thursday, January 29, 2009

January 2009

Sudah lama aku tidak meluahkan sesuatu di sini. Terlalu sibuk dengan tanggungjawab seorang guru. Tambahan pula baru sahaja bertukar ke SK Batu 3, Kuantan. Oleh itu, aku perlukan lebih masa, ruang dan peluang untuk menyesuaikan diri dengan keadaan suasana baru. Lagi memeningkan adalah diberi tanggungjawab sebagai guru kelas tahun 1 yang paling belakang. Faham2 sahaja lah bagaimana! Semoga aku dapat menyesuaikan diri dengan cepat. Semoga kesabaran aku lebih tinggi daripada biasa. Amin.

Thursday, December 4, 2008

SUBHANALLAH......( 1Disember 2008 )


Sejurus aku menonton Buletin Utama di TV3, diakhir berita itu menyatakan satu keunikan di langit dimana terdapat gambaran ‘smiley’ terbentuk daripada 2 bintang dan bulan, aku tertarik dan terus keluar rumah lalu mencari gambaran tersebut. Subhanallah...Maha Kuasa Allah...cantik sungguh, Alhamdulillah......dapat juga aku menikmati keindahan di langit itu. Lantas aku cuba mengambil gambar objek tersebut dengan telefon bimbitku. Namun, gambar yang terhasil tidak begitu jelas gara-gara kamera telefon bimbit ku hanya 3.2 mpix. Hanya 5 keping gambar seperti di atas ( dalam bulatan putih ) yang dapat aku buktikan keindahan di langit pada 1 Disember 2008. Perhatikan 2 butir bintang seperti mata dan 1 bulan sabit seperti mulut yang sedang tersenyum. Indah bukan?

Friday, November 14, 2008

SAYONARA


Inilah buah hati pengarang jantung koi. Sebenornye ade 39 orang, tapi ramai yang tidak hadir sejak habis final exam. Siapa yang hadir je la yang dapat koi upload gambonye kat sini. Mereka ni kira murid-murid yang pandai skit la koz kelas pertama. Alhamdulillah tahun ni koi x stress sangat koz ngajo bdk pandai ni senang. Sekali ajo je dah dapat. Apa ke tidaknya, depa dah di tuisyenkan di luar. Tapi ada juga yang kena ulang 2-3 kali baru lepas. Biasa la kan...manusai bermacam ragam. Tapi bila dah ajo kelas pandai, kerja pon banyak....kena lah bagi lebih latihan dan of course kena tanda buku banyak sikit la. Perasaan tak la stress cuma fizikal la penat. Alhamdulillah, result final exam boleh dibanggakan walaupun bukan usaha koi sepenuhnya. Maklumle, usaha parents p hantar depa tuisyen, sikap parents yang ambil berat terhadap pelajaran anak-anak dan usaha muri-murid sendiri perlu dinilai. Seramai 27 orang berjaya dapat 7A. Subjek Mathematics dan Science hanya 3 orang B..tu pun B nyaris ke A.Walau bagaimanapun, ada juga yang x bernasib baik kerana 7 orang daripada 39 org tu terpaksa turun kelas. Koi rasa tidak sia-sia koi raikan depa awal-awal dulu. Depa dah koi bagi makan KFC yang dibelanja oleh parents masing-masing. Cuma koi tolong belikan dan buat jamuan je.
Agaknya inilah ketentuan Allah. Pencapaian murid2 koi baik, koi dapat kepuasan sebagai guru mereka. Aku rasa macam usaha koi berbaloi la jugak. Then tau-tau koi dapat tukar ke Pahang walaupun bukan di kampung halaman (Kuantan). Sayang pula nak tinggalkan mereka ini. Kalau ikutkan hati, nak je koi bawa budak-budak ni sampai tahun 6. Tapi koi kena terima yang rezeki aku di Johor hanya setakat ini. Mungkin ada lagi cikgu yang lebih baik yang boleh menggilap kecemerlangan mereka. Cikgu doakan kalian kekalkan atau lebih cemerlang di masa akan datang. Sayonara anak-anak ku. Moga kita berjumpa lagi.

Saturday, November 8, 2008

AKHIRNYA...


Tepat jam 6.00 pagi , 7 November 2008 aku online internet untuk menyemak keputusan pertukaran aku ke Pahang. Berdebar -debar jantung rasanya. Bila terpaparnya website seperti di atas, aku tergamam seminit. Tetiba air mata mengalir. Memang aku menangis sekejap sebab tak sangka pertukaran aku diluluskan. Benda pertama aku terfikir adalah, sayang nak tinggalkan rumah aku ni. Kemudian terasa sedih pula nak meninggalkan rakan-rakan guru di SKKM. Bila terkenangkan tahun ni aku kurang berpuas hati dengan persekitaran SKKM aku redha pertukaran ini. Lagipun, ini adalah hasrat ibubapa aku supaya aku pulang mengajar di Pahang. Tetapi yang merisaukan aku, website ini tidak menyatakan di mana aku akan ditempatkan. Harapnya dapat lah sekolah dekat dengan rumah. Jauh sikit pun tidak mengapa asalkan tidak dihantar ke pedalaman.

Agaknya masin mulut aku selalu menyebut 'TAHUN DEPAN SAYA TIADA KAT SINI DAH' or ' TAHUN DEPAN SAYA KAT PAHANG'. Sebenarnya itu ayat helah bela diri. Dalam kelas pun aku selalu sebut, "TAHUN DEPAN SAYA TAK ADA KAT SINI'. Budak-budak pun macam faham yang aku nak pindah. Ada yang marah kalau aku cakap macam tu. Ada yang buat muka sedih dan ada juga yang happy gila kalau aku pindah....hahaha....yang happy tu mesti yang cuak dengan aku. Asyik-asyik kena hafal sifir....hahaha....semua tu aku buat untuk kebaikan mereka.

Balik pada hal pertukaran. Sebenarnya tahun ni 5 orang guru mintak tukar termasuk aku. Tapi yang diluluskan hanya 2 orang sahaja yang berjaya. Aku dan Cikgu Rozita. Kak Ita tukar sebab ikut suami sambung belajo kat UPSI Perak. Seorang cikgu minta tukar ke Melaka, seorang ke Kelantan dan seorang ke Terengganu. Malangnya mereka bertiga tidak diluluskan. Rezeki aku dah tertulis untuk 2008 kot. So, Pahang...I'm coming...



HARAPAN GURU...




Setahun lamanya cikgu berusaha mencurahkan ilmu kepada kalian. Namun, cikgu tidak berjaya menarik minat belajar kalian. Cikgu rasa seperti ini adalah kegagalan cikgu yang paling teruk. Objektif cikgu untuk tahun 2008 tidak tercapai. Cikgu harap kalian cepat sedar dan berubah menjadi seperti kawan-kawan kalian yang lain. Amin.