Wednesday, September 10, 2008

UPSR 2008


Hari ini adalah hari ke-2 UPSR dijalankan. Tahun ini aku jadi Timb. Ketua Pengawas di STM 1. Oleh itu, aku kena keluar rumah awal pagi untuk tolong ketua ke bilik kebal. Mujur bulan puasa, kiranya tidak lah aku kesiangan. Lepas sahur, terus bersiap.

Selama ini aku hanya dengar cerita akan kehebatan pelajar-pelajar di STM 1. Ada yang mengatakan pelajar-pelajarnya adalah selected pupils. Every year paling ramai dapat 5A. Tetapi bila sudah di depan mata aku, tidak sehebat mana calon-calon mereka tahun ini. Namun begitu, aku tidak boleh tengok orang sebelah mata. Nasib orang kita tidak tahu.

Yang paling aku teruja ialah pengawas-pengawas UPSR tahun ini. Kami ada 9 orang pengawas termasuk KP. 5 orang daripadanya cikgu-cikgu baru yang lama termasuklah aku. Dah la kami ni sebaya. Oleh itu kepala pun macam sama sahaja. Maka, terjadi satu rombongan pengawas upsr ke pasar Rabu di Air Hitam( selepas exam hari ini selesai ) untuk membeli belah baju raya. Kelakar pun ada sebab kami baru sahaja kenal tetapi pantang diajak shoping, layan aje.

Setiap pagi Rabu memang sudah jadi agenda rutin aku pergi pasar Rabu ini walaupun tiada plan hendak membeli barang. Suka tengok gelagat orang membeli belah, tengok kain baju yang cantik-cantik. Bahkan kadang-kadang, aku jadi driver cikgu-cikgu sekolah aku. Mereka tumpang aku untuk ke sana untuk shoping tetapi aku hanya window shoping.

3 comments:

azlanlin said...

Kami pernah ke Pekan Rabu di Ayer Hitam hanya 2 kali selama 12 thn di Kluang. Mungkin malas dan tiada kelapangan di waktu pagi..

>> Ada bagusnya jika gambar pekan rabu dapat dipamerkan...ermm, menarik tu!

Hanim said...

azlanlin.....apabila jejak sahaja kaki ke pekan rabu, tidak sempat terlintas sebesar kuman pun untuk mengambil gambar suasana di situ...hanya dipikirkan tudung apa sesuai untuk adik? baju apa sesuai untuk mak? tapi bagus juga idea anda itu....Insya Allah hari Rabu akan datang ini saya akan cuba ambil gambar suasana di pekan Rabu tu...

azlanlin said...

Waaa..tentunya menarik jika dimasukkan paparan pekan rabu ayer hitam. Jika tidak bagaimana nak bezakan pekan rabu alor star, pekan rabu pantai remis...jenuh tu..

Tetapi yang lebih menarik ialah, komen di atas sudah mula dibalas oleh tuan rumah. Terima kasih daun keladi...komen ini kena balas lagi! wakakaka..