Saturday, April 21, 2012

21 APRIL 2012


Hari ni genap 32 tahun aku bernafas di dunia ini. Syukur Alhamdulillah masih dipinjamkan nyawa dan segala nikmat , rezeki dan kesihatan yang baik. Hidup mesti diteruskan selagi ada kudrat dan akal yang waras. Semoga aku dimurahkan rezeki dan diberkati hidupku olehNya dunia dan akhirat. AMIN

Tuesday, March 27, 2012

KU HARAP DAMAI DI HATI: Menu branch today

www.facebook.comKU HARAP DAMAI DI HATI: Menu branch today

Menu branch today


Milo ais kosong
ikan belah belakang sambal
nasi grg sesenduk
paru sesenduk
jantung gulai sesenduk

semua sekali RM5.00

Thursday, February 24, 2011

Sebak, Malu, Sedih

Teruk sangatkah aku bekerja sejak pindah ke Kuantan? Adakah aku tidak pandai mengajar? Adakah sebab aku tidak cantik, tidak bergaya mempengaruhi markah prestasi aku? Sepatut nya semakin lama bekerja kita ada kemajuan. Markah semakin naik tetapi aku sebaliknya. Apa persepsi orang jika markah turun mendadak? Orang mesti terfikir:

1. Hanim ini ada masalah dengan pentadbir kah?
2. Hanim ada masalah peribadikah?
3. Hanim ada masalah tatatertib kah?
4. Hanim tiada motivasi kah?
5. Hanim bukan seorang guru yang baik kah? Tiada ciri keguruan.

Situasi ini pernah aku alami tahun 2010 di mana aku telah ditanya oleh penemuduga. Kenapa markah kamu sedikit? Kenapa markah kamu menurun (sedangkan hanya 0.58 point sahaja bezanya).

Tahun ini 2011 aku amat terkesan dengan markah aku yang menurun sebanyak 6.83. Tidak mustahil penemuduga banyak bertanyakan perkara ini nanti.

Adakah ......:
1. mematahkan semangat aku untuk meminati perguruan sedangkan kini minatku
sedang bercambah;

2. membuat endah tidak endah sahaja perkara tersebut.

3. ambil sebagai pembakar semangat @ motivasi diri untuk memajukan diri dan meningkatkan
prestasi.

Aku dalam kekeliruan untuk mencari sebab perkara ini terjadi. Buat masa ini hanya air mata yang mampu menemani aku, otak masih belum boleh berfikir waras. Ya Allah ya Tuhanku, berilah aku kekuatan untuk mengawal perasaan aku supaya tidak memudaratkan diriku dan tidak membimbangkan kedua ibubapaku, kekuatan iman ku, kewarasan akal fikiranku supaya aku tidak bersangka buruk pada orang lain...Amin

Sunday, December 19, 2010

penghujung 2010....ambang 2011


19 Disember 2010.....masih ada 12 hari lagi untuk 2010 melabuhkan tirai...... adakah azam yang telah dipasang pada ambang 2010 telah terlaksana ? Adakah saya berpuas hati dengan pencapaian dan komitmen tahun 2010 ini ? Jawapannya :


1) Azamku blm terlaksana bahkan azam tahun-tahun lepas juga masih perlu di basa ke

hadapan.


2)Pencapaian ? mmm..dalam 60% tercapai.......Komitmen ? Dlm kerjaya sebanyak 80% tercapai..dlm kekeluargaan sebanyak 65% tercapai.


Persoalannya :


Adakah akan aku teruskan azam 2010 ?


Jawapan :


Semestinya akan ku teruskan supaya aku dapat yang lebih baik daripada 2010. Semoga 2011 lbh baik daripada 2010 dan sblmnya...Amin


Monday, February 1, 2010

Sekadar Renungan.

Petua Mendapat Pasangan


1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.

32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.

34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.

36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.

42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.

43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.

47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.

48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.

49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.

55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.

56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.

Sunday, November 29, 2009

Macam ku kenal...di mana ye ??


Cantik ek tengok bunga manggar.......Sekarang ni musim cuti sekolah...di mana- mana pasti kelihatan bunga manggar....saya tak minat sangat tengok bunga manggar tapi suka tengok nama pengantin kat bawah tu...hehehe....kadang-kadang nama pengantin nice....sesuai n sepadan bila baca...kadang-kadang jumpa yang nama pelik terdetik gak kat hati...."hush nama pelik nor"......." eeh, ade gak nama org cam ni ek"....hehehe....apapun gembira dan bahagia nye hati raja sehari....hati org lain ada aku kisah....hehehe

Macam ku kenal....di mana ye?

Wednesday, November 4, 2009

Rindu


Salam...Hari ini saya rasa gembira dan seronok sangat sebab saya dapat 1 SMS daripada Cikgu Azni ( cikgu di SKKM). Mesejnya berbunyi :


Cikgu Azni : Salam...Kat cni dah abih exam. Murid2 Anim last year...alamdulillah 19 orang dapat 7A. Mira still no 1, wan 2, adli 3.


Saya reply:


Hanim : Salam...tahniah akak ajo diorang..sampaikan salam sy kat diorg..wish tahniah then akak ayat la sikit bg diorg smangat belajo...aina nadzirah cmn? alina?


Hanim : Bdk 3 Siantan brp org? Result 3 Siantan thn ni better than thn lps2 ek?


Cikgu Azni : 38 org. selalunye x lbh 10 dpt 7A. Result akak tertinggal kat sek so result ainaa dan alina akak x brp ingt....



Gembira dan terharu sebab Cikgu Azni sudi mengutuskan khabar gembira prestasi bekas anak-anak didik saya. Rindu sangat pada mereka. Rasa macam hendak terbang ke Kluang jumpa diorang wish good luck dan bagi semangat belajar kat diorang. Kalian sentiasa cikgu ingati dan sering cikgu titipkan doa semoga berjaya dunia akhirat. Tidak cikgu lupakan titipkan doa untuk anak-anak didik cikgu sekarang di SK Bt 3 Kuantan terutama murid-murid 1 UUM...semoga Allah bukakan pintu hati, murahkan rejeki terangkan hati dan lembutkan hati untuk kalian menjadi anak, murid dan hamba Allah yang maju dan berjaya...Amin

Saturday, June 13, 2009

Umrah 28 Mei 2009 - 9 Jun 2009

Alhamdulillah pada usia 29 tahun saya dapat mengerjakan umrah bersama keluarga ( 7 orang). Kami berangkat dari airport Kuantan - KL - Bahrain - Jeddah - Madinah pada 28 Mei 2009 dengan Agensi CS Holidays diketuai oleh Hj. Karim. Alhamdulillah selama 12 hari kami di sana ( 2 hari di Madinah + 8 hari di Mekah ) kami sihat walafiat..cuma batuk selsema tu biasa lah perubahan cuaca. Cuaca di Mekah dan Madinah Masya Allah panas sungguh sehingga mencecah 50+ darjah Celcius. Cuaca yg terlalu panas itu ada hikmahnya iaitu dalam cuaca panas itulah proses buah kurma masak. Banyak tempat telah kami ziarah seperti Masjid Quba', Masjid Qiblataini, Ladang Unta, Masjid Terabung, Gua Thur, Jabal Uhud, Jabal Rahmah dan Batu berlubang ( Tempat pertemuan Adam dan Hawa), Raudah, Perkuburan Baqi', Makam Nabi, Percetakan AlQuran, Muzium Mekah dan macam-macam lagi.


Di Madinah kami menginap di Hotel Safir berdekatan dengan Gate 25 Masjid Nabawi. Dari Madinah bertolak ke Mekah kami ambil miqat di Bir Ali untuk umrah. 1st umrah kami lakukan pada jam 11 mlm. Alhamdulillah kami dapat mengerjakan 3 kali umrah bermiqat di Tanaiem dan Hudaibiyah. Kami tidak mampu melakukan 7 umrah yang bersamaan dengan 1 haji kerana dalam rombongan keluarga saya terdapat 2 orang warga emas yang kurang berupaya. Di Mekah kami menginap di Hotel Najd. Alhamdulillah ketika di Madinah saya berpeluang solat Jumaat tetapi di Mekah saya tidak berkesempatan solat Jumaat kerana terlalu penat dan mengantuk. Solat jenazah pun saya tidak lepaskan. Tawaf sunat saya hanya dapat lakukan sekali.Itupun mlm akhir kami di Mekah jam 2 pagi saya dan abah gagahi. Alhamdulillah dapat juga aku lakukan tawaf sunat di mana merupakan ibadat yang lebih baik daripada ibadat sunat yang lain ketika berada di Tanah Suci Mekah. Aku juga berkesempatan berpuasa sunat dan ganti sehari di Mekah. Tapi ruginya pabila hari aku berpuasa tersebut, aku tidak dapat pergi solat Zohor dan Maghrib di Masjidil Haram. Tidak p Zohor kerana terlalu panas, tak tahan godaan air zam2. Maghrib lak kerana buka puasa. Semasa di Mekah dan Madinah aku tak putus2 berdoa untuk anak2 murid aku yang special dan of course untuk aku dan keluarga. Aku harap doa aku di makbulkan olehNya supaya anak2 didikku bijak dan waras seperti rakan2 yang lain.

Kami bertolak pulang dari Mekah - Jeddah - Bahrain - KL - KUantan pada 8 Jun 2009 dan tiba di Kuantan pada 9 Jun 2009 jam 5.00 ptg. Alhamdulillah..semua sihat dan selamat.

Kalau kalian nak lihat photos lain selain di atas, sila klik laman ini ek. http://profiles.friendster.com/11877647

Thursday, April 2, 2009

Karnival Sains Daerah Kuantan



Seperti biasa, aku meneruskan tradisi aku dengan melibatkan murid untuk Pertandingan Bercerita Sains. Bezanya sebelum ini aku menyertai untuk zon Kluang, Johor tapi tahun 2009 ini aku menyertai daerah Kuantan. Aku mula melibatkan diri dalam aktiviti ini sejak tahun 2006. Nasib menyebelahi aku dan murid untuk meraih tempat ke-3 pada tahun 2007 dan 2008.


Tahun 2009 adalah tahun pertama aku melibatkan murid untuk pertandingan yang sama. Yang lebih mengujakan aku adalah ini merupakan penyertaan yang pertama bagi Sekolah Kebangsaan Batu 3, Kuantan. Sebelum ini SEBATI tidak pernah diundang malah menyertai Karnival Sains. Alhamdulillah, ada juga rezeki kami. Kami hanya mampu menduduki tempat ke-5 daripada 19 buah sekolah yang menyertai pertandingan itu. Walau bagaimanapun, pihak penganjur menyediakan hadiah pertama hingga ke-5. Dapat juga anak didik aku (Liayana) hadiah atas usahanya. Tajuk cerita yang Liyana bawa ialah 'Round Bird Can't Fly'. Cerita ini aku copy paste daripada internet. Kemudian aku tokok tambah sikit pasal sains tahun 3 tentang ' external features'. Daripada apa yang aku amati semasa pertandingan tempoh hari, juri-juri lebih tertarik jika pencerita meletakkan dirinya dalam cerita tersebut. Contoh...I am a snake. A snake has no legs........blablabla...Cerita yang aku buat itu aku menceritakan pasal burung. Aku tidak masukkan diri si pencerita dalam cerita..mungkin sebab itu kami hanya layak tempat ke 5.


Hopefully next year aku masih berpeluang memajukan tradisi aku ini sehingga pecah tradisi.

Thursday, January 29, 2009

January 2009

Sudah lama aku tidak meluahkan sesuatu di sini. Terlalu sibuk dengan tanggungjawab seorang guru. Tambahan pula baru sahaja bertukar ke SK Batu 3, Kuantan. Oleh itu, aku perlukan lebih masa, ruang dan peluang untuk menyesuaikan diri dengan keadaan suasana baru. Lagi memeningkan adalah diberi tanggungjawab sebagai guru kelas tahun 1 yang paling belakang. Faham2 sahaja lah bagaimana! Semoga aku dapat menyesuaikan diri dengan cepat. Semoga kesabaran aku lebih tinggi daripada biasa. Amin.

Thursday, December 4, 2008

SUBHANALLAH......( 1Disember 2008 )


Sejurus aku menonton Buletin Utama di TV3, diakhir berita itu menyatakan satu keunikan di langit dimana terdapat gambaran ‘smiley’ terbentuk daripada 2 bintang dan bulan, aku tertarik dan terus keluar rumah lalu mencari gambaran tersebut. Subhanallah...Maha Kuasa Allah...cantik sungguh, Alhamdulillah......dapat juga aku menikmati keindahan di langit itu. Lantas aku cuba mengambil gambar objek tersebut dengan telefon bimbitku. Namun, gambar yang terhasil tidak begitu jelas gara-gara kamera telefon bimbit ku hanya 3.2 mpix. Hanya 5 keping gambar seperti di atas ( dalam bulatan putih ) yang dapat aku buktikan keindahan di langit pada 1 Disember 2008. Perhatikan 2 butir bintang seperti mata dan 1 bulan sabit seperti mulut yang sedang tersenyum. Indah bukan?

Friday, November 14, 2008

SAYONARA


Inilah buah hati pengarang jantung koi. Sebenornye ade 39 orang, tapi ramai yang tidak hadir sejak habis final exam. Siapa yang hadir je la yang dapat koi upload gambonye kat sini. Mereka ni kira murid-murid yang pandai skit la koz kelas pertama. Alhamdulillah tahun ni koi x stress sangat koz ngajo bdk pandai ni senang. Sekali ajo je dah dapat. Apa ke tidaknya, depa dah di tuisyenkan di luar. Tapi ada juga yang kena ulang 2-3 kali baru lepas. Biasa la kan...manusai bermacam ragam. Tapi bila dah ajo kelas pandai, kerja pon banyak....kena lah bagi lebih latihan dan of course kena tanda buku banyak sikit la. Perasaan tak la stress cuma fizikal la penat. Alhamdulillah, result final exam boleh dibanggakan walaupun bukan usaha koi sepenuhnya. Maklumle, usaha parents p hantar depa tuisyen, sikap parents yang ambil berat terhadap pelajaran anak-anak dan usaha muri-murid sendiri perlu dinilai. Seramai 27 orang berjaya dapat 7A. Subjek Mathematics dan Science hanya 3 orang B..tu pun B nyaris ke A.Walau bagaimanapun, ada juga yang x bernasib baik kerana 7 orang daripada 39 org tu terpaksa turun kelas. Koi rasa tidak sia-sia koi raikan depa awal-awal dulu. Depa dah koi bagi makan KFC yang dibelanja oleh parents masing-masing. Cuma koi tolong belikan dan buat jamuan je.
Agaknya inilah ketentuan Allah. Pencapaian murid2 koi baik, koi dapat kepuasan sebagai guru mereka. Aku rasa macam usaha koi berbaloi la jugak. Then tau-tau koi dapat tukar ke Pahang walaupun bukan di kampung halaman (Kuantan). Sayang pula nak tinggalkan mereka ini. Kalau ikutkan hati, nak je koi bawa budak-budak ni sampai tahun 6. Tapi koi kena terima yang rezeki aku di Johor hanya setakat ini. Mungkin ada lagi cikgu yang lebih baik yang boleh menggilap kecemerlangan mereka. Cikgu doakan kalian kekalkan atau lebih cemerlang di masa akan datang. Sayonara anak-anak ku. Moga kita berjumpa lagi.

Saturday, November 8, 2008

AKHIRNYA...


Tepat jam 6.00 pagi , 7 November 2008 aku online internet untuk menyemak keputusan pertukaran aku ke Pahang. Berdebar -debar jantung rasanya. Bila terpaparnya website seperti di atas, aku tergamam seminit. Tetiba air mata mengalir. Memang aku menangis sekejap sebab tak sangka pertukaran aku diluluskan. Benda pertama aku terfikir adalah, sayang nak tinggalkan rumah aku ni. Kemudian terasa sedih pula nak meninggalkan rakan-rakan guru di SKKM. Bila terkenangkan tahun ni aku kurang berpuas hati dengan persekitaran SKKM aku redha pertukaran ini. Lagipun, ini adalah hasrat ibubapa aku supaya aku pulang mengajar di Pahang. Tetapi yang merisaukan aku, website ini tidak menyatakan di mana aku akan ditempatkan. Harapnya dapat lah sekolah dekat dengan rumah. Jauh sikit pun tidak mengapa asalkan tidak dihantar ke pedalaman.

Agaknya masin mulut aku selalu menyebut 'TAHUN DEPAN SAYA TIADA KAT SINI DAH' or ' TAHUN DEPAN SAYA KAT PAHANG'. Sebenarnya itu ayat helah bela diri. Dalam kelas pun aku selalu sebut, "TAHUN DEPAN SAYA TAK ADA KAT SINI'. Budak-budak pun macam faham yang aku nak pindah. Ada yang marah kalau aku cakap macam tu. Ada yang buat muka sedih dan ada juga yang happy gila kalau aku pindah....hahaha....yang happy tu mesti yang cuak dengan aku. Asyik-asyik kena hafal sifir....hahaha....semua tu aku buat untuk kebaikan mereka.

Balik pada hal pertukaran. Sebenarnya tahun ni 5 orang guru mintak tukar termasuk aku. Tapi yang diluluskan hanya 2 orang sahaja yang berjaya. Aku dan Cikgu Rozita. Kak Ita tukar sebab ikut suami sambung belajo kat UPSI Perak. Seorang cikgu minta tukar ke Melaka, seorang ke Kelantan dan seorang ke Terengganu. Malangnya mereka bertiga tidak diluluskan. Rezeki aku dah tertulis untuk 2008 kot. So, Pahang...I'm coming...



HARAPAN GURU...




Setahun lamanya cikgu berusaha mencurahkan ilmu kepada kalian. Namun, cikgu tidak berjaya menarik minat belajar kalian. Cikgu rasa seperti ini adalah kegagalan cikgu yang paling teruk. Objektif cikgu untuk tahun 2008 tidak tercapai. Cikgu harap kalian cepat sedar dan berubah menjadi seperti kawan-kawan kalian yang lain. Amin.

Friday, November 7, 2008

DALAM KENANGAN



Empunya diri di sebelah bernama Pn. Samsiah Bt. Basir. Beliau telah dinaikkan pangkat kepada Penyelia Petang di SK Nitar 2. Aku mengenali beliau sejak 4 tahun lepas apabila kami bersama-sama lapor diri di SK Kampong Melayu. Bezanya, aku baru posting manakala beliau bertukar dari Kedah ke SKKM. Sebenarnya aku banyak terhutang budi dengan beliau. Terutamanya 1st year aku di SKKM di mana kami telah menghadiri kursus ETEMS pada setiap hari Jumaat sepanjang tahun 2004. Maklum la kan, orang merantau, tidak berharta, patah kaki untuk bergerak. Mujur lah beliau sudi menumpangkan saya. Bukan sehari dua aku jadi penumpang setia, hampir setahun la juga. Sedar diri tu menumpang, aku pon hulur le duit minyak. Tapi beliau tak mahu terima. Beliau kata " berapa banyak sangat le duit minyak ko tu, kalau beratus-ratus nak gak aku amik." Berpegang pada ayat-ayat beliau itu lah aku tak pernah bagi duit or barang kat beliau. Cara aku balas jasa beliau adalah dengan menghulurkan apa sahaja bantuan yang beliau perlu daripada aku. Tak kira lah dari segi apa terutama dalam hal perkomputeran dan IT. Aku harap bantuan yang telah aku hulurkan setimpal dengan jasa beliau pada aku. Terima Kak Sham. Tahniah atas kenaikan pangkat anda!

DALAM KENANGAN

Empunya diri di sebelah bernama Pn. Samsiah Bt. Basir. Beliau telah dinaikkan pangkat kepada Penyelia Petang di SK Nitar 2. Aku mengenali beliau sejak 4 tahun lepas apabila kami bersama-sama lapor diri di SK Kampong Melayu. Bezanya, aku baru posting manakala beliau bertukar dari Kedah ke SKKM. Sebenarnya aku banyak terhutang budi dengan beliau. Terutamanya 1st year aku di SKKM di mana kami telah menghadiri kursus ETEMS pada setiap hari Jumaat sepanjang tahun 2004. Maklum la kan, orang merantau, tidak berharta, patah kaki untuk bergerak. Mujur lah beliau sudi menumpangkan saya. Bukan sehari dua aku jadi penumpang setia, hampir setahun la juga. Sedar diri tu menumpang, aku pon hulur le duit minyak. Tapi beliau tak mahu terima. Beliau kata " berapa banyak sangat le duit minyak ko tu, kalau beratus-ratus nak gak aku amik." Berpegang pada ayat-ayat beliau itu lah aku tak pernah bagi duit or barang kat beliau. Cara aku balas jasa beliau adalah dengan menghulurkan apa sahaja bantuan yang beliau perlu daripada aku. Tak kira lah dari segi apa terutama dalam hal perkomputeran dan IT. Aku harap bantuan yang telah aku hulurkan setimpal dengan jasa beliau pada aku. Terima Kak Sham. Tahniah atas kenaikan pangkat anda!