Saturday, October 11, 2008

Salam Lebaran 1429H


Hari ini adalah hari ke-10 umat Islam berhari raya. Suasana hari raya masih hangat apatah lagi apabila berada di Johor. Aku suka cara orang Johor berhari raya. Mereka kunjung mengunjung sambil ber'marhaban'. Kira double pahala sebab dapat pahala ziarah dan pahala berselawat. Kalau di Pahang jarang mereka mengadakan marhaban. Biasanya tetamu datang rumah, salam dengan tuan rumah dan ucap Selamat Hari Raya then makan. Petang tadi rumah first aku beraya dan marhaban adalah umah Penyelia Petang ( Tn. Hj Mokhtar ). Most of teachers joined the marhaban. Tuan rumah sajikan sate dan soto. Malangnya aku tidak dapat menikmati hidangan dengan tenang sebab perut meragam. Walau bagaimanapun sempat juga aku menjamah setiap hidangan yang telah disajikan. Esok pula aku plan hendak beraya umah jiran sebelah rumah, rumah cikgu jamaliah, cg anom, cg salabiah, cg painah, cg yati, pn. amerah dan cg farina. Pergh..banyak tu...larat ke? Kita hanya merancang.


Tapi aku rasa, raya tahun ini kurang seronok sebab aku kurang sehat. Apa lagi, masalah perut meragam la. Sejak raya pertama. Biasanya raya pertama, orang risau berat naik. Tapi aku lain pulak. Raya pertama berat aku turun 2 kilo. Raya kedua pula perutku lagi 'caca marba'. Haru betul. Tak dapat aku menikmati juadah ketupat, lemang dan rendang orang Raub dan K. Lipis dengan aman. Hanya cuit-cuit untuk amik hati tuan rumah.


Raya keempat aku pergi beraya rumah Lina ( geng sekolah rendah ) atas jemputan beliau. Masa itu pun perut ku masih meragam. Tapi terpaksalah aku makan juga laksa penang yang dimasak sendiri oleh Lina. Dan pasta yang dimasak oleh suzy. Tiada rasa kenikmatan makan masa itu. Makan hanya amik hati Lina dan Suzy. Sorry ye kawan-kawan. Punya lah mahu menjaga hati orang, makan tanpa perasaan pun sanggup. Tapi aku rasa, Lina dan Suzy perasan kelainan aku kot.

Monday, September 22, 2008

Hajat


2008 adalah tahun ke-4 aku berkhidmat di SK Kampong Melayu. Oleh itu aku telah mencuba nasib untuk memohon bertukar ke kampung halaman. Dengan pantasnya aku telah menghantar permohonan online pada 3 September 2008. Keesokan harinya ( 4 September 2008 ) aku telah menyerahkan satu salinan kepada guru besar. Aku meminta GB supaya memberikan komen yang baik punya iaitu SAYA MENYOKONG PENUH PERTUKARAN GURU INI. Bukan lagi SAYA SOKONG PERMOHONAN INI DENGAN SYARAT ADA PENGGANTI seperti permohonanku sebelum ini. Selepas itu GB pun respon pada aku " Ya boleh. Kita pun sudah berlebih guru sains tambahan pula Cikgu Y sudah datang ke sini." Terdetik waktu itu 2 perasaan yang berbeza. Gembira kerana peluang untuk aku tukar cerah. Sedih kerana aku seperti tidak diperlukan lagi setelah kehadiran Cikgu Y. Senang-senang beliau nak sokong aku keluar, entah ke mana aku akan ditempatkan seperti bukan urusan beliau. Janji, sekolahnya sudah mencukupi guru. Walau bagaimanapun, aku malas nak kisah sangat apa yang telah beliau khabarkan padaku tadi walaupun bait-bait ayat itu tersemat di hati dan mindaku. Asalkan aku dapat tukar dan ditempatkan di kampung halaman dan bukannya di tempat jauh.

Hari ini, 22 September 2008. Aku sebagai ketua kelompok tahun 2 ( bersama ketua kelompok tahun 1 dan tahun 3 ) dipanggil oleh GB untuk membincangkan Program Gerak Gempur untuk peperiksaan akhir tahun. Aku selitkan sedikit pasal permohonan tukar aku. Tiba-tiba, beliau berkata " Tak boleh tukar lagi. Kita tidak cukup guru Sains." Pulak dah....hari tu beliau kata bahawa dah terlebih guru. Aku pon apa lagi. Mengulang suara apa yang telah beliau katakan pada aku tempoh hari. Beliau tidak percaya. " Ye ke saya cakap macam tu. Saya dah tengok TP ke masa tu?" . Huh....sahih. Tempoh hari beliau cakap ikut sedap mulut aje tanpa merujuk fakta lain. Or may be beliau tengah serabut kepala. Maklum lah, belajar sambil bekerja. Kepala otak kena bijak separate hal kerja, masalah kerja, hal belajar dan masalah belajar. Sebab itu aku tidak sanggup kerja sambil belajar sebab aku tahu aku bukan sekuat orang lain. Tapi ade sikit gembira bila beliau kata yang mungkin aku tidak dapat tukar kerana aku ada misi lain. Sudah 2 tahun misi aku tertangguh. Kalau boleh aku akan jadikan misi itu realiti by next year. SEMOGA MISI CIKGU HANIM TERCAPAI TAHUN 2009. AMIN. SEMOGA MISI CIKGU HANIM TERCAPAI TAHUN 2009. AMIN. SEMOGA MISI CIKGU HANIM TERCAPAI TAHUN 2009. AMIN. Terima kasih kerana mendoakan saya. Bukan misi apa pun, cuma aku ingin mendapatkan ijazah keduaku di selatan tanah air pula.

Wednesday, September 10, 2008

UPSR 2008


Hari ini adalah hari ke-2 UPSR dijalankan. Tahun ini aku jadi Timb. Ketua Pengawas di STM 1. Oleh itu, aku kena keluar rumah awal pagi untuk tolong ketua ke bilik kebal. Mujur bulan puasa, kiranya tidak lah aku kesiangan. Lepas sahur, terus bersiap.

Selama ini aku hanya dengar cerita akan kehebatan pelajar-pelajar di STM 1. Ada yang mengatakan pelajar-pelajarnya adalah selected pupils. Every year paling ramai dapat 5A. Tetapi bila sudah di depan mata aku, tidak sehebat mana calon-calon mereka tahun ini. Namun begitu, aku tidak boleh tengok orang sebelah mata. Nasib orang kita tidak tahu.

Yang paling aku teruja ialah pengawas-pengawas UPSR tahun ini. Kami ada 9 orang pengawas termasuk KP. 5 orang daripadanya cikgu-cikgu baru yang lama termasuklah aku. Dah la kami ni sebaya. Oleh itu kepala pun macam sama sahaja. Maka, terjadi satu rombongan pengawas upsr ke pasar Rabu di Air Hitam( selepas exam hari ini selesai ) untuk membeli belah baju raya. Kelakar pun ada sebab kami baru sahaja kenal tetapi pantang diajak shoping, layan aje.

Setiap pagi Rabu memang sudah jadi agenda rutin aku pergi pasar Rabu ini walaupun tiada plan hendak membeli barang. Suka tengok gelagat orang membeli belah, tengok kain baju yang cantik-cantik. Bahkan kadang-kadang, aku jadi driver cikgu-cikgu sekolah aku. Mereka tumpang aku untuk ke sana untuk shoping tetapi aku hanya window shoping.

Sunday, August 3, 2008

Ku Merindu

Huhuhu....sudah sebulan lebih aku tidak balik kampung...Rindu sangat pada mak, abah, oni, kakak dan kaklong...ku merindui mu....tingtong....hahaha..macam iklan pula...Sebenarnya aku planned hendak balik kampung minggu lepas tetapi tiba-tiba kena ganti sekolah pula untuk hari raya Aidilfitri akan datang...so, I changed my plan ...I decided to balik kampung minggu ini walaupun sekolah aku ada buat Hari Keusahawanan semalam....kira nak CABUT le ....malangnya, plan ini juga tidak berjaya kerana aku terlalu asyik berniaga pada Hari Keusahawanan sehingga terlupa nak CABUT.....Mustahil aku hendak drive dalam keadaan penat...kalau terjadi apa-apa, siapa yang susah? Aku jugak...Kasihan Oni....dia suruh aku balik sebab dia hendak ajak aku pergi JOM HEBOH.....Apa boleh buat, Kak Ngah kepenatan..tambahan pula murid-murid baru sahaja selesai ujian bulanan...so, kena tanda kertas mereka...Sampai ke hari ini aku masih lagi kepenatan....huhuhu.....Next Saturday juga ada sekolah ganti...so, bila aku nak balik kampung ? Cuti sekolah nanti ada exam PTK lak....huhuhu..akan aku cari lubang untuk dibolosi...huhuhu...mmmm....sebut pasal rindu merindu, aku suka sangat lagu KU MERINDU ( Ella & Shah )...suka hanya pada tempo n rythm je bukan pada liriknya.....Jom dengar lagu ni...


Ku merindu,
Merindu cinta yang tulus dari hatimu
Selalu ku impikan hidup bersamamu
Ku kan selalu menanti balasan cintamu

Ku berjanji,
Berjanji mencintaimu sepenuh jiwaku
Ku tak akan mendustakan cinta kekasihku
Agar kau dapat menerima cintaku
Ku selalu, merindu cintamu

Yang selalu ada di jiwaku

C/o
Aku tahu kau pun cinta
Tapi malu tuk berkata
Usah kau ragui cintaku
Ku tetap merindu
Aku tahu kau pun cinta

Tapi malu tuk berkata
Ku tunggu jawapan cintamu
Ku tetap merindu
Di saat ini hatiku rindu belaian cinta darimu

Ku harap kau merestui cinta dariku
Yang selalu setia menunggu dirimu…

Tuesday, July 8, 2008

Kelebihan Bulan Rejab

Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat. Sabda Nabi s.a.w.: Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku. Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)
* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).
* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
* Puasa tiga hari pada bulan Rejab d! ijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia
keneraka (panjangnya setahun perjalanan).
* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang
besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.
*Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.
* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.
* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.
* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.
* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA
KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.
* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi
Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.
* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan
orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai
Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.
* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka
mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur). Berkata
Saidina Ali:
* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun. Kelebihan bulan Rejab dari segala
bulan seperti kelebihan Qur'an atas segala Qalam.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun! dan diberi minum air dari Syurga. Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat. Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulanpahalanya.

Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya:

* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.

Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sasiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan. Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali. Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah.Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad. Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi danpetang 70 kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka. Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya: "Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekas! ihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau".(dari kitabRaudatul Ifkar) Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ. Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus. Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur'an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim. Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemulia! an bulan Rejab itu maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya. Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH. REJAB bulan menabur benih. SYA'ABAN bulan menyiram tanaman. RAMADHAN bulan menuai. REJAB menyucikan badannya. SYA'ABAN menyucikan hatinya. RAMADHAN menyucikan rohnya. REJAB bulan taubat. SYA'ABAN bulan muhibbah. RAMADHAN dilimpahi pahala amalan. P E R H A T I A N Beramalah menurut kemampuan masing-masing, jika tidak dapat melaksanakannya janganlah ditinggalkan semuanya.

Sunday, May 18, 2008

HAPPY TEACHER'S DAY


16 Mei 2008 merupakan tahun ke 5 aku celebrate hari guru....tp thn ni mcm x syok sgt koz aku masih teringt insiden smlm.....mujur la anak murid aku bnyk bg hadiah..rs terubat gak.....rs ade yg masih menghargai aku walaupon tiap2 ari kena mrh ngn aku koz x hafal sifir....hehehe....anyway, tq anak2 didik ku..cikgu doakan korang berjaya walaupon korang br thn 2.....kejayaan korang, menggembirakan cikgu.......next week 20 mei 2008 korang nak exam.....takut nye akuuuuu.....ni la masanye cikgu blh tau either korang phm x ape yg cikgu ajo selama 5 bln nih....Good Luck to my pupils in 2 Siantan......i love u all...muahmuahmuah

Salahkah aku ....

14 mei 2008......satu ujian aku dah tempoh......gara2 bantuan KWAPM bdk sekolah......sorg parent dtg wat kepoh kat sekolah.....marah kononnye aku ugut anak dia...'kalau x anto borang bantuan, aku nk rotan'....tah, aku pon x ingat either aku ade ckp gitu or x....tp yg pasti aku ade ckp kalau x anto borang, x dpt bantuan....mesti la ade ugut2 sikit koz kalao x...borang x balik ke sekolah....parent tu pon satu hal...dah anak nye sekolah petang, cikgu petang yg kasi kat anaknye ...p anto borang kat cikgu pagi tu pesal...jenuh aku cr borang ank dia....mcm org sasau ke hulu ke hilir ..tetiba ini yg aku dpt.....bkn nk berterima kasih koz aku pilih ank dia dpt bantuan.....x sedor dek untung tul....eeeee.......geram aku rs...ikutkan hati, aku buang je borang dia....x yah bg bantuan kat org sombong cam tu.....tul la org kate, manusia ni mudah lupa diri kalao dh sng sikit...bnyk lagi kate2 dia terngiang2 kat tinga aku...malas aku nk type kat sini...biarlah rahsia ..sedey tul..kita nk bantu tp dilempartahi lak..siuuutt....